Gold Arawana bersama 20 orang rombongan mewakili pelbagai kaum Dayak dari Mukah memeriahkan sambutan Gawai Dayak Bahagian Betong di Dewan Datuk Stephen Kalong Ningkan pada 20 Mei, 2011. Dayak Bidayuh diberikan penghormatan menganjurkan gawai kali ini di mana perhiasan-perhiasan kebanyakkannya berdasarkan kesenian budaya Dayak Bidayuh. Sambutan sangat meriah dengan Gold Arawana difahamkan lebih 120 meja terjual dengan tetamu seramai lebih 1200 orang.
Rombongan Mukah diberikan penghormatan untuk mempersembahkan satu persembahan pada malam itu di samping persembahan pihak penganjur. Oleh yang demikian, rombongan Mukah mempersembahkan satu tarian Kaum Melanau yang dipimpin oleh Pn Jasmin Tahirin Smith dari Sri Ritma Borneo yang berasal juga dari Mukah. Selain Mukah, SDNU Sibu Jaya turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Tetamu Kehormat merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak Numpang serta isteri, Dato Sri Empiang Jabu.
Gold Arawana selaku pengerusi AJK Perpaduan Gawai Mukah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Datuk Patinggi di atas jemputan ke Betong, Datu Residen dan semua yang terlibat dalam penganjuran Gawai Bahagian Betong 2011 di atas kerjasama, penghormatan yang diberikan serta kemudahan disediakan sepanjang di Betong, Puan Jasmin Tahirin Smith serta penari-penari Sri Ritma Borneo yang secara sukarela bersama rombongan untuk mempersembahkan tarian khas mewakili AJK Perpaduan Gawai Dayak Mukah....
Gambar-gambar adalah ehsan dari En Bajik Rupen, salah seorang delegasi Mukah ke Betong...
No comments:
Post a Comment