Sunday, November 1, 2009

Rambutan - Tuah di Musim Panas....

Penghargaan Gold Arawana kepada para petani yang bertungkus lumus mengerjakan tanah mereka... Walaupun pulangan sedikit, tetapi sekurang-kurangnya mampu membekalkan permintaan yang banyak kepada peminat buah-buahan tempatan.....

Percayalah... tidak semua orang mampu menjadi petani.... dan kami menghargai anda!


Lunak dan berkhasiat. Buah tempatan, Made in Mukah!
Suara Gold Arawana sedikit serak basah, mungkin akibat terlalu banyak makan buah rambutan...

Rambutan... buah-buahan tempatan bermusim yang digemari ramai. Masalah buah bermusim adalah kebanjiran pasaran, sesetengah terpaksa dijual dengan harga yang murah untuk memenangi persaingan..

Seperti di mana-mana pasar borong, tawar-menawar adalah perkara biasa...

Senyuman tuah, gembira dengan kunjungan pembeli....

Gerai sementara didirikan di sepanjang Jalan Matu Daro dan Jalan Oya Dalat, pohon rambutan di sepanjang jalan-jalan tersebut memberikan pandangan yang menarik seolah-olah Mukah dilanda musim bunga.......

Sebiji rambutan daripada setangkai yang boleh dibeli dengan harga RM 1.00

Kebanjiran buah rambutan... di tempat tertentu boleh dibeli dengan harga
RM 1.00, dan yang bertuah dapat membelinya dengan harga 50 sen sekilo SAHAJA...