Wednesday, April 21, 2010

Moments to remember: Sunset on Fishing Trip...

I try to catch fish, but my eyes caught a more valuable beauties, the sunset....

Friday, April 2, 2010

Gold Arawana's Speech on SDNU Mukah 2010 Nite..

All photos are downloaded from Mr Anthony Banyan's blog at http://apaienduq.rumahpanjai.com


Gold Arawana on his welcoming speech

Yang Berbahagia, En Anthony Banyan, Naib Presiden 1, Persatuan Kebangsaan Dayak Sarawak serta rombongan yang mewakili En Mengga Mikoi, Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Sarawak yang tidak dapat bersama kita pada malam ini kerana ada tugas penting yang tidak dapat dielakkan.

Yang Dihormati, Timbalan Residen Bahagian Mukah, En Philip Peter Salam dan Pegawai Daerah Dalat, En Yosipnosh Balo.

Yang Berusaha, Mantan Pengerusi SDNU Cawangan Mukah, En Solomon Kumbong dan Timbalan saya En Philip Kubu.

Yang diraikan bersama, Ketua-ketua jabatan kerajaan, Ketua-ketua masyarakat, ahli-ahli exco SDNU Cawangan Mukah serta sahabat-sahabat yang hadir pada malam ini.

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan selamat datang ke Majlis Makan Malam SDNU Cawangan Mukah untuk penggal 2010.

Saya amat berbangga pada malam ini, bukan kerana saya berdiri di depan saudara-saudari sebagai Pengerusi SDNU Cawangan Mukah, tetapi kerana saya melihat malam ini sebagai simbolik laungan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita berkaitan 1 Malaysia. Di dalam dewan ini sahaja kita berjaya menggabungkan lebih dari 5 etnik pelbagai kaum di Sarawak. Oleh yang demikian, ribuan terima kasih di atas sokongan dan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan untuk menyerikan majlis ini, terutamanya Yang Berbahagia Tuan Naib Presiden dan tetanu-tetamu kehormat yang sudi meluangkan masa bersama kami di Mukah.

Untuk makluman Yang Berbahagia, SDNU Cawangan Mukah telah lama ditubuhkan tetapi hanya didaftarkan secara sah sebagai sebuah cawangan 4 tahun yang lepas. Sehingga kini, keahliaan adalah melebihi 200 orang terdiri dari pelbagai etnik Dayak, yang kebanyakkannya adalah permaustatin atau pun yang bekerja di sekitar Bandar Mukah. Saya percaya, dengan kepesatan pembangunan Bandar Mukah, keahliaan kita akan sentiasa bertambah dan menguatkan lagi SDNU sebagai sebuah persatuan yang utama untuk kaum Dayak di Mukah.

Sepanjang 4 tahun penubuhan, tidaklah terlalu muda untuk cawangan kita untuk melakarkan cita-cita dan harapan untuk golongan Dayak di Mukah. Kita telah berusaha untuk menjaga kebajikan ahli-ahli dengan bersama-sama di dalam kesusahan apatah lagi kesenangan. Justeru itu, terdapat beberapa cabaran yang perlu kita sama-sama hadapi dalam menjadikan persatuan yang telah kita tubuhkan cawangannya bersama untuk terus menjadi payung dan peneraju kepada golongan Dayak di Mukah;

1. Menambahkan dan mengalakkan keahlian SDNU
2. Memperkasakan SDNU sebagai sebuah persatuan yang benar-benar mampu untuk menyatukan masyarakat Dayak dengan mengetepikan ketidaksamaan pendapat, pemahaman politik, latar belakang kaum, bahasa mahupun latar belakang pekerjaan.
3. Membuktikan bahawa SDNU adalah persatuan yang mampu mendidik dan membimbing anak-anak Dayak tidak kira dalam akademik, pekerjaan mahupun dalam kebudayaan.
4. SDNU terus menjadi persatuan yang dimiliki oleh semua golongan Dayak, bukan sahaja kaum Iban tetapi juga kaum dayak lain seperti Bidayuh dan Orang Ulu.
5. Memastikan golongan Dayak di Mukah turut sama merasai kemajuan pesat di Mukah dengan mengalakkan bidang-bidang keusahawanan dan komersil

Itu adalah antara cabaran-cabaran yang perlu kita hadapi bersama.

Justeru itu, SDNU Mukah pada malam ini memberikan insentif kepada anak-anak kita yang berjaya di dalam akademik agar mengalakkan golongan muda ini nanti akan menggantikan dan memperbaiki kepimpinan yang sedia ada.

Kita juga cuba untuk memberikan penghargaan kepada usahawan Dayak di Mukah, mungkin tidak dapat dilakukan pada masa ini tetapi diharapkan agar mampu dilaksanakan pada masa akan datang agar lebih banyak usahawan Dayak yang benar-benar menonjol di Mukah.

Kita mempunyai cita-cita untuk mempunyai sebuah Rumah Dayak di Mukah, bagi saya tidaklah terlalu awal untuk kita mengimpikannya. Dengan adanya sebuah Rumah Dayak nanti, dapatlah aktiviti-aktiviti kebudayaan dan aktiviti-aktiviti sosial dilakukan dengan lebih giat.

Yang Berbahagia Tuan Naib Presiden, ahli-ahli exco SDNU Cawangan Mukah adalah muda-muda belaka mungkin dalam purata umur 30-an dan 40-an yang membuktikan harapan dan sokongan golongan muda ke atas penubuhan SDNU. Bagaimanapun, mereka ini tidak kurangnya pengalaman dalam mentadbir persatuan serta pergaulan dengan masyarakat lain. Ini terbukti dengan penganjuran dan penglibatan SDNU dalam beberapa program di peringkat Bahagian. Bagai manapun, sokongan yang tidak berbelah bagi semua pihak tidak kira peringkat umur adalah kunci kepada kejaan semua aktiviti yang telah kita jayakan selama ini. Oleh yang demikian, saya mewakili semua ahli exco merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala bentuk sokongan kepada SDNU Mukah selama ini.

Akhir sekali saya mengambil kesempatan ini untuk mewakili ahli-ahli SDNU Mukah, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan SDNU Sarawak yang baru dilantik pada pemilihan yang lepas. Semoga kerjasama yang lebih erat di antara pihak Ibu Pejabat dan cawangan di Mukah selepas ini. Sebagai cawangan yang masih muda, kita memerlukan bimbingan dan nasihat daripada Yang Berbahagia Tuan Presiden serta exco-exco dalam mematangkan cawangan kita di Mukah.

Ke atas penganjuran majlis pada malam ini, ribuan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua yang hadir. Anda adalah rakan SDNU! Harapan saya adalah semoga kerjasama serupa akan diberikan untuk penganjuran aktiviti-aktiviti SDNU selepas ini. Sekiranya sebarang kekurangan, mohon maaf dan semoga kelemahan-kelemahan itu nanti akan dapat diperbaiki pada masa yang akan datang.

Sebagai peringatan, kita akan menganjurkan Majlis Gawai Dayak di Kingwood Resort pada 22hb Mei dan kita menganggarkan seperti biasa lebih seratus meja akan ditempah. Tempahan meja bolehlah ditempah sekarang.

Sekian, terima kasih..
Penyampaian cenderahati dari SDNU Cawangan Mukah kepada Naib Presiden SDNU, En Anthony Banyan

Penyampaian sijil tamat latihan kebudayaan oleh En Anthony Banyan

Penyampaian sijil pelatih kebudayaan kepada En Marasal oleh En Anthony Banyan