Wednesday, August 5, 2009

Kering, Api, bakar, jerebu, dan...

Gold Arawana membebel tentang Cuaca Kering, api, bakar, jerebu, dan...PENYAKIT!



Hari yang normal bagi saya, setelah menghabiskan masa yang panjang untuk tugasan rasmi di luar stesen. Dengan harapan agar hari ini adalah hari yang baik, semangat berkobar untuk berbakti kepada rakyat, sempena penyerahan rasmi tag "An Honour To Serve" untuk dipakai sepanjang masa bertugas.

Terkejut? Tidak juga, kerana dalam perjalanan balik dari Sibu ke Mukah yang mengambil masa dalam 3 jam (My driving standard normally about 4 hours), melalui jalan yang gelap pada awal pagi (I means at 1 in the morning), hanya ditemani oleh pemandu sahaja. Dalam keadaan cuaca baik ketika ini, bulan memang sentiasa muncul, menerangi seluruh bumi. Tapi kali ini agak berlainan, bulan muncul umpama gerhana bulan yang terakhir sekali saya saksikan 23 tahun yang lepas. Tapi itu adalah tiga hari yang lepas...

Hari ini keadaan lebih teruk, kerongkong terasa sakit, mata gatal dan udara di sekitar terasa seperti Mukah terbakar. Pewangi pada waktu ini mungkin agak laris jualannya, untuk menghilangkan bau asap. Saya tidak pasti. Yang pasti, saya bencikan keadaan ini, nak bernafas pun susah, huhhh... udara pun nak kena belikah?


Seperti biasa saya menaiki lif ke Tingkat 7, masuk lif, keluar lif, masuk pejabat, keluar pejabat...semuanya bau asap. Macam mana nak kerja...Agaknya penghawa dingin pun terkena jangkitan "penyakit" asap. Di sekeliling, segalanya samar.. Hampir-hampir saya ingatkan masih subuh..tapi jam saya dan jam dinding menunjukkan masa yang sama...pukul sembilan pagi!



Kebakaran di sepanjang jalan Mukah ke Dalat...




Kebakaran di sepanjang jalan Mukah ke Balingian... Ini kebakaran yang berlaku di tepi jalan, belum lagi di kawasan pendalaman Sarawak di atas nama pembangunan tanah untuk perladangan. Siapa nak dipersalahkan agaknya ya? Agaknya jerebu ini datangnya dari Kalimantan, Indonesia. Itu jawapan yang paling ideal.




Beberapa tempat selepas kebakaran, yang paling menerima akibat yang besar adalah kemudahan utiliti di mana paip air yang di pasang di sepanjang jalan tersebut (HDPE pipe), yang sepatutnya untuk membekalkan air bersih kepada penduduk luar bandar turut terbakar. Nasib baik tiang elektrik tu tak terbakar.. Kalau tak, bergelaplah jawabnya..

Dalam perjalanan pulang dari Balingian, sebuah kereta Bomba dilihat dipandu laju, mungkin untuk bergegas ke beberapa tempat kebakaran. Terima kasih Bomba!

Adakah itu memadai? Hari ini, keadaan lebih teruk, API (Air Pollutant Index) untuk Sibu dikatakan melebihi 15o yang dikategorikan sebagai merbahaya... huhhh...kerongkong rasa sakit, dua sudu teh ubat batuk(seperti yang doktor selalu sebut, walaupun sudu itu adalah sudu yang saya gunakan untuk menyuap nasi), melemahkan saya... Saya tak suka makan ubat, kalau tak serius.

Ada juga saya terbaca artikel, 900 kawasan di Sarawak dikatakan sebagai "hot spot", dan lebih kurang 25 ke 30 saman telah dikenakan setakat ini ke atas pembakaran terbuka! Should I make my comment on this? No! I am not the correct person indeed!

Kesan yang bagus adalah saya mengurangkan kadar merokok, rokok ditinggalkan di luar rumah agar saya tidak terlalu banyak merokok. Yang pasti....Asap rokok saya jauh lebih baik dari udara yang saya hirup ketika ini!

Sehingga saya memaparkan blog ini, dalam rumah pun segalanya bau asap, setiap dua minit, batuk memang tidak lari dari kerongkong....

Ahhhh...Can somebody please deal with it! Itu Kuasa Tuhan!

Janganlah kebebasan saya untuk menghirup udara segar pun dirampas... Hu hu!


6 comments:

kiawarman said...

minta sabatangk dunhill koa :)
tapi penularan H1N1 pun nyuruh gaik ugak kandiak.

Toh Chee Leong's Collections said...

Bertaubatlah kawan. Wang Abu Bakar.

Mana tidak kasian wang sudah jadi abu bila dibakar akibat rokok. Berhentilah, berhentilah demi menjaga kesihatan diri, keluarga dan insan yang tersayang.

Sakit is to allow you to rest more at home (please thing for it.....) apabila dah sekian lama berada di luar stesen. Langsung tidak ada orang kenang or puji we punyai kerja. Hanya Tuhan yang lebih mengenali kita.

Sekian.

Gold Arawana said...

Helllooo Maruk...

Muih...anak salah tapi gaik kadek nya dah expired.. He he

Sape ba dirikh auk?

Gold Arawana said...

Pakcik Toh...

Thanks for your advice...I know what you means...he he.

Yahhh...we need to rest..

Toh Chee Leong's Collections said...
This comment has been removed by the author.
Gold Arawana said...

He is a nice guy...