Sunday, January 24, 2010

Sg Matu dan Kehidupan...

Kadang-kadang, pengalaman yang singkat adalah pengalaman yang manis untuk diingati dan menarik untuk dikunjungi. Sarawak, negeri terbesar di Malaysia diberkati dengan beribu-ribu kilometer sungai. Tidak hairanlah, sekiranya sungai-sungai yang kecil seperti Sg Matu kurang dikenali ramai.

Berlayar kurang dari setengah jam dari pekan Matu, tidak jauh bezanya dengan sungai-sungai lain yang terdapat di Bahagian Mukah. Kampung-kampung kebanyakkannya di pinggir sungai menggambarkan bahawa sungai ini adalah tarikan awal penduduk untuk mendiami kampung-kampung tersebut. Ini termasuklah Rumah Panjang Melanau Kampung Sok, yang dikatakan satu-satunya rumah panjang Melanau yang masih wujud di muka bumi.

Airnya yang berwarna hitam pekat dan berbau hanyir disebabkan hutan paya di sekeliling agak mengerunkan untuk dijadikan bekalan sebagai air bersih. Tapi itu adalah kenyataan. Di hulu sungai, berdekatan dengan Pekan Matu merupakan pusat bekalan air kerajaan yang dirawat sebaiknya untuk kegunaan penduduk di kawasan tersebut. Ironinya, hampir semua kampung telah mendapat bekalan air bersih ini.

Di bahagian hilir sungai pula merupakan pintu masuk dan keluar penduduk untuk menangkap hasil dari laut. Saya berpendapat yang pekerjaan asal penduduk di kawasan ini kemungkinan adalah nelayan yang bergantung dengan hasil laut untuk menyara hidup. Sehingga kini, menyusuri ke hilir sungai, bot-bot nelayan semakin banyak yang diletakkan seperti tempat meletak kenderaan di tebingan sungai. Setiap kampung pula biasanya sekurang-kurangnya mempunyai satu jeti kayu.

Dengan kewujudan jalan berturap yang menghubungkan kesemua kampung tersebut, jeti-jeti yang dibina agak usang dan kurang digunakan oleh penduduk kampung.

Sebagimana tarikan awalnya untuk membawa penduduk mendiami tebingan sungai tersebut, pemerhatian saya terhadap sungai tersebut adalah kurang memberangsangkan. Ia seolah-olah terbiar dengan sampah-sarap di beberapa kawasan, mungkin disebabkan air yang tidak mengalir atau air pasang yang membawa sampah-sarap tersebut dari laut.

Di sebalik kepincangan disebabkan fungsinya yang semakin dilupai, masih terdapat warga yang masih bergantung dengan sungai tersebut untuk mencari rezeki. Beberapa bot kecil kelihatan menangkap sisa-sisa ikan atau udang yang masih tinggal di sungai tersebut, mungkin sekadar untuk menghabiskan masa lapang atau hobi semata-mata.

Berlainan dengan di hilir sungai, kehadiran bot-bot nelayan menggambarkan kehidupan manusia di sini masih bergantung kepada sungai sepenuhnya untuk mencari rezeki di laut. Walaupun sungai tidak berfungsi sebagai sumber pendapatan, fungsinya untuk mendaratkan hasil tangkapan di Kuala Matu adalah suatu yang masih perlu dibanggakan.

Alirannya lesu, sampah bertakung di sesetengah kawasan... Simpati, tetapi apalah daya kiranya manusia tidak lagi menghargai pengorbanannya....

Jeti Pekan Matu... prasarana yang disediakan di Sungai Matu..

Kuala Matu @ 2009....

Di sebalik jasanya yang kian dilupakan, masih ada penduduk yang mengharapkan hasil semulajadi di Sungai Matu

Pembinaan jalan raya menjadi pengganti kepada kepentingan sungai sebagai pengangkutan di Matu

Sampah sarap hanyalah sebagai tanda bahawa jasa bakti yang telah ditaburkan oleh sungai ini telah dilupakan..

4 comments:

Toh Chee Leong's Collections said...

How is the Sg. Matu Bridge???

Gold Arawana said...

Brader: Need urgent rehabilitation works!

Toh Chee Leong's Collections said...

When?

Luray va accommodations said...

This is a very beautiful, charming and an attractive destination which is very much serene and peaceful and away from all the hustle and bustle of urban lifestyle for sure.

Moreover, you must visit Virginia, The Shenandoah Valley where you must see the very marvelous destination to visit Wood Ruff Inns Resorts. It is the best place to spend your vacations, honey moons and special holidays.