Sunday, August 30, 2009

Sg Tengkorak ????


Photo by Nwo.... one of my best friend at Nangkat Salako

Tidak dapat dipastikan bila jambatan ini disiapkan, atau lebih sesuai dikatakan dinaiktaraf dari jambatan sementara kepada jambatan konkrit. Jambatan itu tidahlah besar kerana hanya menyeberangi sungai kecil yang bisa diseberangi dengan berjalan kaki sahaja. Bagai manapun, dengan kemajuan yang ada, hampir semua penduduk memiliki kenderaan sendiri, jambatan adalah yang paling sesuai. Terima kasih kerajaan di atas keprihatinan anda!

Asalnya adalah jambatan kayu atau balak, merupakan satu-satunya jambatan di sepanjang Jalan ke Kampung Pueh yang menghubungkan beberapa buah kampung ke pekan terdekat. Paling menarik adalah jambatan ini menandakan bahawa anda berada di kampung saya, Kampung Siru Dayak!

Sebelum ini, jambatan ini tidaklah sepopular sekarang kerana sungai itu sendiri adalah lebih penting berbanding dengan jambatan itu sendiri. Terlalu banyak nama, orang Salako memangilnya Batangan Siruk (Sg Siruk) dan ada yang menggelarnya Sg Takorok. Yang menghairankan dan menariknya adalah, nama baru yang dipaparkan pada papan tanda tersebut iaitu Sg. Tengkorak. Ini memberikan jambatan ini nama yang popular terutamanya di kalangan generasi muda. Saya tak pasti kenapa!

Sebagai orang muda, yang kurang mengetahui sejarah dan asal-usul sungai berkenaan, saya tidak pastilah sama ada itulah nama sebenar Sungai tersebut. Yang pasti adalah menarik untuk mengetahui nama di sebalik jambatan tersebut, sama ada ianya betul atau kesilapan mencetak pada papan tanda perlu diperbetulkan agar tidak menghilangkan identiti sungai tersebut. Bagi penduduk kampung, sungai tersebut sangat penting untuk pengairan yang mengairi tanaman dan dusun mereka, selain beberapa adat istiadat kaum Salako seperti "bersunat" dan sebagainya. Semasa kecil, itulah satu-satunya sungai yang saya kenali, tempat mandi-manda kerana airnya yang jernih dan menyegarkan.

Sekiranya nama Sg Tengkorak adalah betul, menarik untuk mengetahui cerita di sebalik nama tersebut. Sekiranya tersalah letak, adalah juga menarik kiranya nama sebenar diletakkan pada sungai tersebut. Saya tidak tertarik untuk menuding jari ke atas kesilapan sesiapa, tetapi saya tertarik untuk memperbetulkan keadaan dan mengetahui nama yang sebenar.

Tengkorak (skull)? Nama yang terlalu lucu tetapi semestinya mempunyai cerita menarik di sebalik nama tersebut yang perlu diceritakan!

14 comments:

Toh Chee Leong's Collections said...

QM kena raise NC if internal communication ...

Berani tulis itu satu kebaikan tetapi boleh diperbaiki lagi jika fakta itu memberangsangkan para pembaca blog. Kalau boleh berjumpa saya cadangkan si Engr. Minjo boleh berjumpa dengan Ketua Kampung, Ketua Kaum , Penghulu sudah pasti segala kemusykilan dan teka-teki itu akan terjawap dengan sendirinya.

Tahniah di atas artikel Sg. Tengkorak.

Gold Arawana said...

Thanks brader...

Saya melihatnya dari sudut positif...sekiranya nama itu betul, mestilah ada cerita di sebaliknya..mungkin nama sungai itu sendiri menjadi pencerita kepada pahlawan-pahlawan lampau, atau ada keajaiban yang belum dibongkar? Who knows!

Secara positifnya, mungkin dapat menarik pelancong atau pelawat untuk mengunjungi, atau mandi manda di hulu sungai kerana saya percaya ianya masih terpelihara walaupun ada sedikit pencerobohan satu masa lalu dan kini menjadi hutan simpanan.

Itu adalah antara khazanah alam yang terdapat di Sungai Tengkorak/ Sg Tengkerek/ Sg Tekorok/ Sg Siruk (Apa pun nama dia, dia akan tetap sebagai sebatang sungai yang menyimpan sejuta rahsia pendudukan di kampung ini)

Anonymous said...

Batol koa - jahat gia' munyi ea Sg Tingkorak. Mao' gago' & batolan dama'e an sidi au.

Pak Udak said...

Gik dek ea, dama ea Sungea Tikorok. Persoalan ea, adakah "Tikorok" koa bahasa Salako untuk "Tengkorak"? Kalau jawapan ea ya, maka dama "Sg Tengkorak" kaniak koa annak ada salah ea...mungkin ada curita di sebalik dama koa.. Bagi saya nama itu sangat menarik..dan menakutkan..perlu dibongkar rahsia nya..nanti saya siasat!!

Gold Arawana said...

Mr Anonymous;

Antahlah... nama koa unik tapi menarik maok nahuik curita di sebalik dama'e.

Gold Arawana said...

Pak Udak;

Mungkin ugaklah auk, "Tikorok" samakh-samakh bunyi'e ngan "Tengkorak".

Mungkin memang ada curita menarik di sebalik dama koa. Ngarap kitak dapat siasat... he he

kiawarman said...

Rumah ayungku ana' jauh ampat di sungei koa, tnay teck hock hehehe miss u buddy! :)

Gold Arawana said...

Kiawarman;

Kama'e ba ama anak muok-muok maruk? Di ma'e misi nyalamat urakng? He he

Si Titi jare kami, dama kampokng'e....Iya key maruk?

kiawarman said...

Gold Arawana:
Duiya ampus ka Sabah kajap...layo2 nyampatik datu' hehehe!

Si Titi geng karas masa baajar gik arek koa :)

Pak Onyal said...

aku pun heran maruk'a.duia nanggak tekorok,kandiak dah tengkorak.aku salalu ngaintasik ia ampus ka Samunsam.Jak akak ia mijawat jambatan koa alu ia ngubah damae auk?

Gold Arawana said...

Kiawarman;

Jakoa key... patut ama anak nangar barita...

Cheers!

Gold Arawana said...

Onyal;

Koa lah... Dirikh di Siruk nyabut iya Sg Takorok, ada ugak ang matakh iya Batangan Siruk..

Jambatan akak, di nukar dama'e jaji Sg Tengkerek, akak koa Sg Tengkorak...

Mae ang batol antah'e

Anonymous said...

Sg. Tengkorak koa.....
rock Ooo.. ha ha

Unknown said...

Sa ingat ku lh nama ea koa sg takorok..sg tengkorak koa salah