Saturday, October 24, 2009

Berhujung minggu di Tasik Kenyana...

Menyusuri keindahan hutan paya di Tasik Kenyana....

Memancing.... tidak...saya hanya berjaya memutuskan tali pancing yang saya pinjam dari salah seorang ahli rombongan.. he he

Saya pernah menerbitkan beberapa artikel berkaitan Tasik Kenyana sebelum ini. Dan hari ini, 24 Oktober, 2009 merupakan hari yang perlu diingati kerana setahun yang lalu, tiada apa-apa yang menarik untuk dilawati di kawasan ini. Malahan, bagi pengunjung amat sukar kerana tiada kemudahan pelancongan terutamanya tandas dan tempat rehat.

Berbeza dengan setahun yang lalu, lawatan kali ini sangat menggalakkan. Kemudahan telah tersedia untuk pengunjung yang gemar aktiviti menyusuri keindahan semulajadi. Dimulai dengan memandu dari Bandar Mukah melalui jalan berbatu selama lebih kurang 45 minit perjalanan, dan menggunakan bot menyusuri Sungai Sebakong dan seterusnya Batang Mukah memberikan pengalaman yang menarik.

Sampai di Tasik Kenyana yang juga merupakan laluan lama Batang Mukah jutaan tahun dahulu, adalah sebaris kedai kayu yang menjadi nadi kepada penduduk setempat membeli barangan harian. Di muara tasik adalah penempatan utama penduduk dan satu-satunya bangunan kerajaan yang ada di kawasan ini adalah sebuah sekolah rendah SK Kuala Kenyana.

Tasik Kenyana terkenal dengan berita yang dipromosikan oleh pihak kerajaan bahawa tasik ini telah menjadi habitat untuk beberapa spesis ikan yang dilindungi terutamanya Ikan Arawana.

Kepada yang berminat terhadap keindahan hutan paya bakau, Tasik Kenyana adalah tempat yang perlu dikunjungi di hujung minggu. Tiada keaslian 100%, kerana tasik ini dikatakan dikelilingi oleh ladang yang beberapa tahun giat dimajukan di kawasan ini. Bagaimanapun, keindahan hutan dan kemudahan beriadah yang disediakan oleh kerajaan diharapkan dapat menarik pengunjung ke kawasan ini.

Kepada pengunjung yang berminat adalah digalakkan untuk membuat lawatan berkumpulan dan membawa bekalan makanan sendiri dan menikmati sendiri keindahannya. Sesekali sekiranya bernasib baik, bolehlah berjumpa dengan penduduk tempatan untuk melihat spesis ikan-ikan di Tasik Kenyana yang disimpan di dalam sangkar untuk dijual. Kepada pencinta keindahan alam semulajadi tentunya bersetuju dengan Gold Arawana supaya aktiviti memancing hendaklah tidak dibenarkan sama sekali di kawasan ini. Dan yang paling penting sekarang adalah bagai mana untuk mengawet kawasan ini agar keindahan semulajadinya sentiasa terpelihara untuk tatapan generasi yang seterusnya kelak..

Berangkat pulang, ucapan terima kasih dan lambaian mesra wakil penduduk di kawasan ini memberikan seribu kepuasan kepada Gold Arawana dan rombongan yang selama lebih kurang setahun bersama merealisasikan sebuah projek yang diharapkan dapat menggiatkan pelancongan di kawasan ini. Jangan dibandingkan kepada kos yang dibelanjakan, kerana impak pembangunan yang disediakan adalah lebih bernilai dari kos itu sendiri. Walaupun kos projek adalah agak kecil, saya percaya bagi penduduk tempatan ini merupakan projek terbesar selepas pembinaan sekolah di zaman kolonial (agaknya) yang diterima oleh mereka setakat ini. Dengan langkah pertama ini, diharapkan kemajuan dapat dikecapi bersama oleh penduduk di luar bandar....

Seperti kebiasaan, gambar-gambar sepanjang ekspedisi adalah pencerita yang lebih baik dari Gold Arawana....

Menikmati keindahan semulajadi di tebingan Tasik Kenyana

Menternak ikan di dalm sangkar, idea kreatif penduduk di Tasik Kenyana

Papan informasi di Tasik Kenyana tetapi masih banyak rahsia yang perlu dibongkar dan belum dinyatakan di sini

Pengunjung di Jeti perhentian pertama sambil membaca informasi yang disediakan. Kamera? Emmmm......Wajib untuk dibawa melawat

Memerhatikan anak-anak ikan arawana dan kaloi yang mencari makanan di tebingan tasik...

Berjalan di atas laluan berbatu.... tanggalkan kasut untuk menikmati urutan refleksologi Kenyana

Kegembiraan dapat meluangkan beriadah dan melupakan hal-hal pejabat adalah kepuasan yang tidak terhingga

Berehat sebentar di hentian terakhir sebelum berpatah balik ke Pusat Informasi

Gold Arawana bersama En Hipani Alwi (Jurutera Bahagian, JKR Mukah), En Mohd. Junaidi (Timbalan Residen Mukah), En Narawi (Mahsuri Enterprise Sdn Bhd) dan Ketua Kaum di Tasik Kenyana dalam perbincangan ringkas..

Rombongan menikmati jamuan dan berehat sebelum berangkat balik ke Mukah...

Rombongan mengadakan "group photo" sebelum berangkat balik ke Mukah

Aktiviti memancing masih menjadi kegiatan utama penduduk tempatan. Seorang anak muda, sedang memasang umpan untuk memancing. Dapatkah kegiatan ini dihentikan untuk memastikan spesis ikan yang dilindungi sentiasa berada di Tasik Kenyana? Persoalan!

Ikan tapah seberat lebih kurang 1 kg, hasil tangkapan penduduk di Sg Sebakong, berdekatan dengan Tasik Kenyana. Minggu lalu dikatakan hari yang bertuah apabila seorang pemancing tempatan berjaya menangkap ikan tapah seberat 50 kg! Saya tidak dapat membayangkan betapa besarnya ikan air tawar sebesar itu....

4 comments:

Toh Chee Leong's Collections said...

Apa hal tidak ada jemputan lain untuk pergi bersama? Maklumlah jalan-jalan cari makan bawa anak, bini dan keluarga untuk cuti-cuti Malaysia di sana.

Bila ada second trip espedisi pergi Tasik Kenyana i mahu joint? I mahu jointlah.

Gold Arawana said...

Brader Toh...

We can arrange for visit next time... A nice place for relaxing...

Toh Chee Leong's Collections said...

Engr. Minjo,

Please don't forget to inform me in the earlier,tq

projek sudah handoverkah?

Gold Arawana said...

Ohhoo... no problem.

Fishing is strictly prohibited!

Ha ha