Saturday, May 28, 2011

Gold Arawana Swims to Betong...

Gold Arawana bersama 20 orang rombongan mewakili pelbagai kaum Dayak dari Mukah memeriahkan sambutan Gawai Dayak Bahagian Betong di Dewan Datuk Stephen Kalong Ningkan pada 20 Mei, 2011. Dayak Bidayuh diberikan penghormatan menganjurkan gawai kali ini di mana perhiasan-perhiasan kebanyakkannya berdasarkan kesenian budaya Dayak Bidayuh. Sambutan sangat meriah dengan Gold Arawana difahamkan lebih 120 meja terjual dengan tetamu seramai lebih 1200 orang.


Rombongan Mukah diberikan penghormatan untuk mempersembahkan satu persembahan pada malam itu di samping persembahan pihak penganjur. Oleh yang demikian, rombongan Mukah mempersembahkan satu tarian Kaum Melanau yang dipimpin oleh Pn Jasmin Tahirin Smith dari Sri Ritma Borneo yang berasal juga dari Mukah. Selain Mukah, SDNU Sibu Jaya turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Tetamu Kehormat merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak Numpang serta isteri, Dato Sri Empiang Jabu.


Cenderamata untuk orang kuat Betong, Tuan Residen: Datu Romie. (Dari Kiri: Datu Romie: Residen, Dr Anthony: Timbalan Residen, Gold Arawana, En Francis)

Rombongan Mukah bergambar kenangan bersama Apai Pembangunan Betong merangkap Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Yang Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Alfred Jabu Ak Numpang)

Delegasi dari Mukah: Gold Arawana, En Augutine, En Agak

Unik dan Menarik: Baruk, bangunan yang bercirikan struktur Dayak Bidayuh di bina di pintu masuk Dewan Datuk Stephen Kalong Ningkan sebagai simbolik kepada Dayak Bidayuh sebagai penganjur Gawai Dayak Bahagian Betong 2011.

Delegasi dari Mukah yang terdiri daripada AJK Perpaduan Gawai Dayak Mukah 2011 dan penari-penari Sri Ritma Borneo.


Delegasi Mukah memasuki Baruk


Pn Jasmin Tahirin Smith (Empat dari Kiri) bersama rombongan penari Tarian Kontemporari Melanau yang dipersembahkan khas dari rombongan Mukah.

Sangat Meriah dan mengagumkan: Perayaan Gawai Bahagian Betong mengikut cara Dayak Bidayuh dimulai dengan penuh adat istiadat


Gawai merupakan perayaan kaum Dayak dan diumumkan sebagai cuti khas setiap 1 & 2 Jun, sebagai penghormatan dan perpaduan kaum Dayak di Sarawak.




Gold Arawana selaku pengerusi AJK Perpaduan Gawai Mukah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Datuk Patinggi di atas jemputan ke Betong, Datu Residen dan semua yang terlibat dalam penganjuran Gawai Bahagian Betong 2011 di atas kerjasama, penghormatan yang diberikan serta kemudahan disediakan sepanjang di Betong, Puan Jasmin Tahirin Smith serta penari-penari Sri Ritma Borneo yang secara sukarela bersama rombongan untuk mempersembahkan tarian khas mewakili AJK Perpaduan Gawai Dayak Mukah....


Gambar-gambar adalah ehsan dari En Bajik Rupen, salah seorang delegasi Mukah ke Betong...

No comments: