Sunday, May 15, 2011

Gold Arawana's Speech on Malam Perpaduan Gawai Dayak Bahagian Mukah



Terima kasih tuan pengerusi Majlis.


Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Permodenan Pertanian DAN Menteri Pembangunan Luar Bandar Sarawak.

Yang Berhormat, Tuan Dr Stephen Rundi ak Utom, Adun N60 Kemena merangkap, Menteri Muda Kesihatan Awam dan Menteri Muda Kemudahan Awam Sarawak.

Yang Berbahagia, Tuan Haji Saudi Narani, Residen Bahagian Mukah merangkap Penasihat Jawatankuasa Pra Gawai Bahagian Mukah.

Yang Dihormati, Timbalan Residen Bahagian Mukah, En Junaidi Mohidin.

Ketua-ketua Jabatan, Pemanca Robert Nanta, Penghulu-penghulu, tuai-tuai rumah, ketua-ketua kaum serta semua kitak ke datai ke Majlis Makan Malam Perpaduan Gawai Dayak Bahagian Mukah, Segulai Sejalai taun 2011.

Selamat datai dan terima kasih di atas sokongan semua ke atas majlis kitai. Salam Perpaduan dan Salam Satu Malaysia.

Nya mega kitai sama-sama meri bahasa and welcome our friends from US, Welcome to Mukah Sir. Thank you for your present and hope that you will bring back your great experience on our Multi-racial culture of the State of Sarawak.

Yang Berhormat Datuk Patinggi,
Program ke diatur kitai malam tu melibat ke 110 meja alu ngau lebih 1200 pengabang. Terubah arinya mega, mayuh ga bala ke agi ka meli meja, tang ndur ke kena kitai begawai tu tadi nda cukup. Nama iya aja Gawai Bahagian Mukah, tang ke bekumpul ba Dewan tu ukai aja ari bansa kitai Dayak di Mukah tapi nyengkaum pupu bansa ari seluruh Sarawak, Sabah ngau Semenanjung. Nya meh tadi Yang Berhormat Datuk Patinggi, ka ku bejaku Bidayuh, tau ka Iban, ngai ke bisi ga bala nda nemu jaku aku legi. Nyadi ngambi ke semua ke datai malam tu faham nama ke ka di padah aku, izin ke ku bejaku campuran Bahasa Iban ngau Bahasa Melayu.

Yang Berhormat Datuk Patinggi,
Gawai Dayak adalah perayaan terpenting kaum Dayak yang asalnya adalah bertemakan konsep kesyukuran ke atas hasil tuaian padi. Bagai manapun, selaras dengan perubahan zaman, pembangunan yang kita nikmati maka saya percaya sambutan gawai dayak adalah juga kesyukuran kepada semua bidang yang kita ceburi. Oleh yang demikian Yang Berhormat Datuk Patinggi, Dayak di Bahagian Mukah dengan penuh kesyukuran mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan tahniah di atas kepimpinan Yang Amat Berhormat Pehin Seri Ketua Menteri Sarawak dan Yang Berhormat Datuk Patinggi untuk terus menerajui kepimpinan negeri pada pilihanraya yang lepas. Oleh yang demikian, kami berharap agar segala perancangan pembangunan terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar akan dapat diteruskan dengan lebih rancak lagi.

Izinkan saya juga untuk mengetengahkan tiga kesyukuran Dayak di Bahagian Mukah.

Yang Pertama adalah kesyukuran kami kerana kemudahan infrastruktur di luar bandar di beberapa kawasan di Bahagian Mukah seperti Ulu Mukah, Ulu Baoh, Ng Sikat, Lubok Bemban sudah berada di dalam radar yang sangat jelas oleh kerajaan untuk diketengahkan. Ini adalah berkat dari sokongan Yang Berhormat-Yang Berhormat di Bahagian Mukah khasnya serta usaha gigih kakitangan kerajaan yang diterajui oleh Tuan Residen kita. Bagai manapun, kita berharap agar penyediaan kemudahan-kemudahan infrastruktur ini akan diteruskan dan dilaksanakan dengan lebih rancak lagi.

Yang Kedua adalah kesyukuran kami di atas peningkatan harga-harga komoditi pertanian seperti kelapa sawit dan getah. Ini jelas telah meningkatkan pendapatan masyarakat Dayak di Bahagian Mukah khasnya yang rata-ratanya bergantung dengan tanaman getah dan sawit dalam pendapatan harian mereka. Oleh yang demikian, kami berharap tunjuk ajar, nasihat dan sokongan Kementerian Yang Berhormat Datuk Patinggi nanti akan merancakkan lagi pendapatan kami yang di luar bandar melalui Pemodenan Pertanian.

Yang Ketiga, bagi kami yang sudah bermaustatin di Bandar, cabaran utama kami adalah untuk mengekalkan tradisi dan budaya Dayak di kalangan golongan muda, di samping peningkatan taraf pendidikan bagi anak-anak. Oleh yang demikian, di Mukah sekarang ini kita ada dua buah cawangan persatuan Dayak yang aktif iaitu Persatuan Kebangsaan Dayak Sarawak dan juga Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh. Dan kedua-dua persatuan ini biasanya sentiasa bersama-sama dengan persatuan-persatuan Melanau dan Cina Mukah dalam menyokong usaha-usaha kerajaan dalam apa-apa upacara yang berasaskan integrasi kaum. Oleh yang demikian, dengan rancaknya pembangunan Bahagian Mukah sebagai Bandar Ilmu dan pusat pembangunan SCORE, diharapkan agar Dayak di Bahagian Mukah nanti akan bersama-sama menikmati peluang-peluang pendidikan kepada anak-anak serta peluang-peluang perniagaan yang bakal ditawarkan. Dalam hal ini, saya percaya bagi Bahagian Mukah, kerajaan telah banyak menyediakan peluang tersebut dan seterusnya berharap agar Dayak di Mukah sendiri, berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mengisi peluang-peluang tersebut.

Yang Berhormat Datuk Patinggi,
Bagi perayaan gawai kita di Mukah, kita memulakan gawai secara berkelompok adalah pada tahun 2005 di mana sebelum itu kita sentiasa ada dua gawai yang berasingan, iaitu yang dianjurkan oleh Dayak Iban dan juga Dayak Bidayuh. Kalau ada banyak rakan-rakan kita dari Dayak Orang Ulu pada waktu itu, mungkin kita akan ada 3 gawai serentak. Oleh yang demikian, hasil dari persefahaman kita dan sokongan dari ketua-ketua masyarakat, maka lahirlah Malam Perpaduan Gawai Dayak yang bertemakan Segulai Sejalai yang kita adakan setiap tahun kecuali pada tahun 2009, sebagai tanda simpati dan penghormatan ke atas pemergian seorang pemimpin kita yang sangat disayangi. Manakala, pengerusi untuk setiap perayaan adalah penggiliran di antara Dayak Iban, Dayak Bidayuh dan Dayak Orang Ulu. Jadi....pada tahun ini saya mewakili Dayak Bidayuh untuk pengganjuran.

Untuk mengadakan majlis sebegini, kita tidak bersendirian. Kita sentiasa mendapat sokongan dan penyertaan dari rakan-rakan kita yang berbangsa lain, khasnya dari kaum Melanau dan Cina di Mukah. Penganjuran selalunya tiada masalah dalam konteks penyertaan. Setiap tahun.... kita memperkenalkan sekurang-kurangnya satu tarian kebudayaan yang belum dipertotonkan di Mukah. Kalau contohnya tahun lepas kita ada persembahan live Sape Orang Ulu, tahun ini kita ada Tarian Rejang Be'uh Bidayuh, dan tahun depan kami menjanjikan lagi tarian-tarian unik dari etnik-etnik Dayak yang lain. Satu-satunya masalah kita Yang Berhormat Datuk Patinggi, adalah dana atau kewangan. Selama ini kita berharap dengan sumbangan-sumbangan dari usahawan-usahawan di Mukah yang bermurah hati di samping sumbangan-sumbangan oleh tuai-tuai pengabang yang biasanya daripada kalangan Yang Berhormat. Oleh yang demikan, sebagai pengerusi Gawai tahun ini, Pengerusi Persatuan Kebangsaan Dayak Sarawak, Cawangan Mukah dan juga ahli Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh, Cawangan Mukah, saya mewakili ketiga-tiga pertubuhan Dayak ini untuk memohon sumbangan dari Yang Berhormat Datuk Patinggi dan Yang Berhormat Tuan Dr Stephen Rundi. Kami berjanji akan menggunakan sumbangan tersebut sebaik-baiknya dalam usaha mengekalkan budaya dan tradisi kaum Dayak di Bahagian Mukah.

Yang Berhormat Datuk Patinggi, Yang Berhormat Tuan Dr Stephen Rundi. Kita sangat-sangat gembira dengan kehadiran Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk datang dan memeriahkan majlis kita. Kita difahamkan, Yang Berhormat Datuk Patinggi terbang balik ke Sarawak sebaik sahaja habis mesyuarat di Kuala Lumpur, khas untuk menghadiri majlis gawai kita pada malam ini. Oleh yang demikian, kami sangat-sangat terharu dengan komitmen Datuk Patinggi dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rombongan Yang Berhormat Datuk Patinggi. Berikan tepukan gemuruh.

Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Tuan Residen di atas segala nasihat beliau dalam penganjuran majlis ini. Begitu juga dengan semua yang hadir pada malam ini, termasuk pengerusi-pengerusi persatuan terutamanya SDNU pampang Bandar Sibu, SDNU pampang Sibu Jaya, SDNU pampang Sarikei, SDNU pampang Selangau, Cawangan2 DBNA terdekat, PBB Mukah serta media-media masa (RTM, Cats Radio, Utusan Sarawak, Borneo Post, Sarawak Tribune dan Sin Chew Jit Poh) yang rancak membantu kita mempromosikan jualan meja.
Tidak lupa juga kepada semua penderma, telalu panjai ka sebut ku ditu... Serta komiti ke bertungkus lumus berusaha ke gawai kitai taun tu, ku ngucap setinggi-tinggi penghargaan terima kasih. Kejayaan kitai nganjur majlis tu, ukai ketegal usaha aku siku, tapi berkat usaha gigih ngau kerjasama semua. Tahniah.

Yang Berhormat Datuk Patinggi, dengan kehadiran Yang Berhormat serta rombongan ke Mukah, kami menjanjikan perayaan Gawai Dayak ke paling grand taun tok dan taun2 ke dudi.

Selamat Ari Gawai. Selamat Onu Gawea. Sayu Dau Gawai.

Segulai Sejalai. Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh. Sekian, Terima Kasih.

4 comments:

cass said...

Cukup steady!

Gold Arawana said...

Thank you Cass...

I will lead a group of 20 Dayak from Mukah to attend Gawai Dayak Betong on 20th as our appreciation & commitment to Yang Berhormat Datuk Patinggi's challenge... see you there bro..

Toh Chee Leong's Collections said...

Tahniah dan syabas di atas kejayaan menganjurkan Malam Perpaduan Gawai Dayak Bahagian Mukah "Segulai Sejalai"
Steady Engr. Abang Jo. Tetap ada gaya untuk jadi pemimpin. Bakal barisan pelapis YB Datuk Dr. Stephen Rundi dan YB Datuk Patinggi Tan Sri Jabu.
Komen saya gambar ketika berucap kurang jelas. Tetapi boleh diperbaiki jika panggil Apaiputih tolong ambil gambar. Itulah pakcik Toh namanya. hhhahahaah/.

Gold Arawana said...

Thanks Pakcik TCL....

Gambar diambil oleh org semipro.... hehehe.

Thanks for attending the Gawai Nite, if you have the photo collections, please extend to me..