Tuesday, June 21, 2011

Sekitar Malam Perpaduan Gawai Dayak Mukah 2011..

Diadakan sebagai acara tahunan oleh Persatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) dan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA), Malam Perpaduan Gawai Dayak Mukah pada tahun ini diadakan pada 14 Mei, 2011 di Kingwood Resort. Perayaan terbesar di Sarawak ini disertai oleh lebih 1200 orang di mana ini merupakan had maksimum untuk Dewan Ballroom Kingwood Resort. Tetamu kehormat adalah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Tan Sri Datuk Patinggi Dr Alfred Jabu Ak Numpang. Laporan berkaitan boleh di baca di SINI, SINI dan SINI.


Upacara Miring...

Meja VVIP: Pegawai Daerah Dalat (En Yussipnosh Balo), Gold Arawana, YB Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Alfred Jabu, YB Datuk Dr Stephen Rundi, Timbalan Residen Mukah (En Junaidi Mohidin), Jurutera Bahagian JKR Mukah (En Hipani Hj Alwi)

Tarian kebudayaan Dayak Iban dengan diiringi oleh "taboh" Iban. Dayak Bidayuh dan Dayah Orang Ulu turut mengadakan persembahan kebudayaan.


Cantik Menawan: Salah seorang peserta Pertandingan Kumang memperagakan pakaian Etnik Dayak Bidayuh


Semuanya Cantik: 10 orang gadis-gadis Dayak Mukah yang menyertai Pertandingan Kumang memperagakan pakaian masing-masing


Antara aksi-aksi kumang-kumang yang bertanding


Gagah.... Salah seorang peserta Pertandingan Keling memperagakan aksi kepahlawanan beliau


Pahlawan-pahlawan Dayak Mukah yang menyertai Pertandingan Keling


Tuan Residen Mukah (Hj Saudi), YB Datuk Stephen, YB Tan Sri Datuk Patinggi Dr Alfred Jabu, Gold Arawana


Majlis penyampaian hadiah kepada Keling Gawai Mukah 2011. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM800, piala, hamper, sijil penghargaan serta penginapan dua hari satu malam di Mukah Kingwood Resort


Majlis penyampaian hadiah kepada Kumang Gawai Mukah 2011 - Beliau membawa pulang hadiah-hadiah berupa wang tunai RM1,000.00, selendang, mahkota, rantai, piala serta penginapan dua hari satu malam di Mukah Kingwood Resort


Pemahkotaan dan pemakaian selendang kepada Kumang Gawai Mukah 2011


Para pemenang Pertandingan Kumang dan Keling bergambar bersama dif-dif Kehormat


Ngirup Ai Pengayu... antara tradisi yang dilakukan oleh Dayak Iban.. bagai manapun, acara minum tuak/atau air minuman lain yang tidak beralkohol bagi mereka yang beragama Islam turut disertai oleh pelbagai kaum yang bersama-sama meraikan gawai Mukah.


Bergambar bersama artis jemputan yang juga bekas celebriti Akademi Fantasia (AF), Claudia Geres (gaun putih). Penyanyi terkenal Dayak Iban, zjames Ruai turut diundang untuk mengadakan persembahan

Hebat:Kumpulan D'Sago mempersembahkan lagu-lagu Gawai yang merancakkan acara majlis


Gold Arawana Junior turut bergembira dengan gaya tersendiri..


Gold Arawana mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan Malam Perpaduan Gawai Dayak Mukah 2011. Tiada sumbangan anda, maka kuranglah seri Gawai kita. Bersatu Teguh, Bercerai Kita Roboh. Salam Segulai Sejalai...

No comments: